Entri Populer

Senin, 20 Februari 2012

Perang mu'tah

Terbunuhnya utusan nabi
Nabi mengutus seorang yang bernama El Harist bin Umair Al Azdi untuk menyampaikan surat beliau kepada Syurahbil bin Amru Al Ghasani. Penguasa kota Busra wakil kerajaan Romawi Timur.

Utusan Nabi itu ditangkap dan digiring dalam dalam keadaan terikat kehadapanya. kemudian dibunuh. Padahal menurut kebiasaannya tidak boleh seorang utusan dibunuh di kalangan kaum raja dan pembesar, sekalipun permusuhan yang di bawa itu tidak disenangi.

Kejadian semacam itu memang tidak boleh didiamkan, kerana hal itu akan membahayakan bagi setiap utusan dan merupakan penghinaan terhadap orang yang mengutusnya.

Perbuatan orang itu seharusnya diberi pengajaran secepatnya agar para utusan tidak terancam keselamatannya dan perbuatan itu pun tidak akan berulang sekali lagi.
Tentera Islam Yang Pertama Kali Dikirim Ke Romawi
Ketika Nabi mendengar berita perlakuan penguasa Busrah beliau mempersiapkan untuk pengiriman tentera Islam ke sana
pada bulan Jamadil Awal tahun kelapan hijrah.

Kaum Muslimin bersiap-siap untuk ikut serta dalam pasukan Islam yang akan dikirim ke Busrah. Jumlah tentera Islam yang ikut keluar pada waktu itu ada ribu orang. Sebagai pimpinan Nabi menunjuk Zaid bin Harithsah bekas budak Nabi. dalam pasukan Islam yang dikirim oleh Nabi itu bergabung beberapa sahabat terkemuka kaum Muhajirin dan Ansyar. Nabi berpesan kepada mereka:"Jika Zaid bin Harithsah terbunuh sebagai gantinya adalah Ja`far bin Taib dan jika Ja`far terbunuh sebagai gantinya adalah Abdullah bin Rawahah".

Waktu pemberangkatan pasukan Islam itu tiba, kaum Muslimin melepas keberangkatan mereka dan mereka memberikan ucapan selamat tinggal.dan mereka akan menghadapi pasukan kerajaan yang terbesar dan yang terkuat di masa itu.

Pasukan itu meneruskan perjalanannya mereka tiba disatu tempat yang bernama Ma`an. Kaum Muslimin mendengar bahawa kaisar Heraklius bersama tenteranya sebesar seratus ribu orang sedang berada di Balqa`. Pasukan Heraklius ini dibantu oleh beberapa suku Kabilah Arab termasuk suku Banu Lahkmin, Juzam, Balqain, Bahran, dan Banu Bala. Pasukan Islam tetap berada di Ma`an selama dua malam untuk bermesyuarat. Dalam permesyuaratan itu disepakati untuk menulis surat kepada Rasulullah untuk memberitahu besarnya jumlah pasukan musuh untuk meminta pertimbangan apakah Nabi akan mengirim bantuan atau memberi pertimbangan yang lain.

Berperang Tidak TergantungbPada Kekuatan Dan Banyaknya Pasukan
Abdullah bin rawahah berpidato memberi semangat pada pasukannya:"Hai kaumku! Demi Allah sesungguhnya apa yang kamu benci yang kamu keluar untuk mendapatkan syahadah.janganlah kita memerangi manusia dengan melihat jumlah tentera dan besarnya kekuatan. tetapi kita berperang hanya dengan agama ini, yang dengannya kita diberi kemuliaan oleh Allah. Keran itu teruskanlah niat kalian pasti kalian akan mendapat salah satu dari dua. Yaitu kemenangan ataupun mati syahid".

Atas anjuran Abdullah bin Rawahah ini maka kaum Muslimin meneruskan perjuangan ke medan perjuangan.
Kaum Muslimin Berjuang Bermati-matian
Ketika pasukan Islam menuju ke Balqa` mereka bertemu dengan sejumlah orang Arab dan Orang Romawi di salah satu perkampungan Balqa` yang bernama Masyarif. Pasukan musuh itu berusha mendekat namun pasukan Islam menuju suatu tempat yang bernama Mu`tah. di tempat inilah kedua-dua pasukan ini bertempur bermati-matian.

Zaid bin Harithsah berjuang mati-matian dengan membawa bendera Rasulullah sampai beliau gugur sebagai syahid. Belaiu diserang musuh dengan tombak dan panah dari segala penjuru. Sebelum Bendera itu gugur ke tanah Ja`far berhasil merebutnya dari tangan Zaid yang tersungkur kebawah. Ja`far terus menagdakan serangan yang bertubi-tubi dengan bendera Islam tetap ditanganya. Kemudian belaiu meninggalkan kudanya yang terluka dan belaiu maju kehadapan sehingga tangan kanannya terputus. Denagn cepat bendera Islam itu di rebut oleh tangan kirinya. Ketika tangan kirinya terputus beliau mendakapi bendera Islam itu dengan kedua tangannya yang masih tersisa.

Beliau terus maju sampai akhirnya beliau gugur sebagai syahid. Pada jenazah beliau ditemui tiga puluh tiga anak panah. Didadanya terdapat iaitu diantara dua tulang bahunya terdapat sembilan puluh luka bekas pukulan pedang, tombak, dan anak panah. Beliau meniggal sebagai syuhada` yang terus menuju ke syurga.

Setelah Ja`far terbunuh bendera Islam direbut oleh Abdullah bin Rawahah, dengan semangat yang bernyala-nyala beliau terus maju kehadapan. Ketika beliau turun dari kudanya beliau bertemu dengan sepupunya yang memberi sekerat tulang yang ada dagingnya. Sepupunya berkata:"kuatkan tulang punggungmu dengan daging ini, kerana kulihat kamu sangat payah selama beberapa hari ini". Daging itu dimakannya sedikit kemudian segera dibuang dan beliau terus berjuang sehingga gugur sebagai syahid.

Khalid Seorang Pemimpin Yang Bijaksana
Setelah gugurnyan pahlawan Islam yang tersebut diatas, kaum Muslimin bersepakat untuk menyerahkan pimpinan kepada Khalid bin Walid. Bendera Islam itu kemudiannya dipegang oleh Khalid. Kemudian Khalid mengadakan peperangan dengan sengit sekali.

Khalid adalah seorang yang berpengalaman dalam mengatur taktik perang. Ketika beliau melihat besarnya jumlah pasukan musuh yang berlipat ganda itu, beliau mengajak pasukannya mundur ke selatan, sedangkan musuh mundur ke utara.
Ketika malam tiba, kedua-dua pasukan masing-masing menjauh dari lawannya. Kedua pihak lebih mengutamakan keselamatan daripada meneruskan peperangan yang akan membawa kebinasaan.

Di pagi harinya Khalid menugaskan sebahagian pasukannya yang berada di garis belakang untuk mengadakan pergaduhan sebagai taktik seolah-olah kaum Muslimin mendapat bala bantuan dari Madinah. taktik yang diatur oleh Khalid ternyata berhasil. mereka jadi takut terhadap kaum muslimin sehingga sebahagiannya ada yang berkata:"Jika jumlah tentera sebesar tiga ribu orang saja sudah cukup untuk membuat kita seperti yang kita ketahui. Apalagi jika mereka mendapat bantuan yang tidak diketahui besar jumlah dan kekuatannya.

Selanjutnya pasukan Romawi terus berusaha mundur dan tidak meneruskan peperangan. Dengan ini peperangan pun berakhir.
Nabi Mendapat Khabar Dari Allah Jalan Peperangan
Ketika kaum Muslimin sedang dalam medan perang Mu`tah, Rasulullah yang sedang berada di Madinah memberi tahu kepada sebahagian para sahabat beliau apa yang terjadi di medan peperanga. Anas bin malik meriwayatkan sebagai berikut:" Sesungguhnya Rasulullah saw memberitahu kepada orang ramai tentang kematian zaid, Ja`far dan Abdullah bin Rawahah sebelum ada seorangpun yang membawa khabar kematian mereka".Nabi berkata:" Bendera dipegang oleh Zaid ia terbunuh. Selanjutnya bendera itu di pegang oleh Ja`far sampai ia terbunuh. Setelah itu bendera di pegang oleh Abdullah bin Rawahah sampai ia terbunuh. selanjutnya bendera itu dipegang oleh salah seorang daripada pedang Allah (Khalid) sampai Allah memberikan kemenangan".

Ja`far Digelar Oleh Nabi Dengan Thayyar Dzil Janaahaini
Nabi memberi keterangan tentang kematian ja`far.Katanya:" Sesungguhnya Allah menggantikan kedua tangan Ja`far yang terputus dengan kedua sayap yang dapat dipakai terbang dalam syurga kemana saja sesukanya." Belas Kasih Nabi
Nabi berkata kepada isteri Ja`far bin Abi Talib:" Bawalah kemari putera Ja`far". setelah putera Ja`far berada dihadapanya beliau mencium putera Ja`far sambil kedua matanya basah oleh air matanya, dan beliau memberitahu tentang kematian Ja`far sebagai syahid. Ketika orang datang menyampaikan Khabar kematian Ja`far beliau berkata kepada keluarga beliau saw:" Buatkan makanan untuk keluarga Ja`far telah datang kepada mereka suatu musibah yang menyibukkan mereka".

Diwajah beliau kelihatan sedih sekali atas berita kematian itu.
Mereka Adalah Pasukan Penyerang Bukan Pasukan Pengecut
Ketika pasukan Islam mendekati kota Madinah Nabi keluar untuk menyambut mereka.Nabi diikuti oleh kaum Muslimin dan anak-anak kecil. Nabi keluar dengan seekor kaldainya bersama-sama kaum Muslimin. Nabi memerintahkan agar anak-anak kecil dibawa menyambut pasukan Islam. sedang putera Ja`far diminta oleh Nabi. Beliau mendukung putera Ja`far serta membawanya untuk menyambut pasukan Islam. Ketika pasukan Islam itu sampai, kaum Muslimin menyambutnya dengan melemparkan tanah kewajah-wajah mereka sambil mengejek mereka" Hai pasukan yang pengecut! Kalian telah lari drangkatan pasukan itu ari medan perang (fisabilillah). Nabi menjawab:" Mereka itu bukanlah Pasukan pengecut tapi mereka adalah pasukan yang menyerang insyaalah." Antara Perang Mu`tah dengan Penaklukkan Kota Mekah
Antara perang Mu`tah dan penaklukkan kota Mekah Nabi mengirimkan seangkatan pasukan ke Dzatul salasil. Pemberangkatan pasukan itu tepat dibulan Jamadil akhir tahun kelapan hijriah. Dzatul salasil adalah suatu daerah dekat lembah Wadil Qura pusatnya banu Qudh`ah daerah ini sempat ditaklukkan oleh kaum Muslimin kemudian Nabi juga pernah mengirim seangkatan pasukan Islam dibawah pimpinan Abu Ubaidah ibnu Jarrah. Pemberangkatan pasukan itu pada bulan rejab tahun kelapan Hijriah. Jumlah pasukan yang ikut ada tiga ratus orang yang tergabung dalamnya kaum Muhajirin dan Ansar.

Pasuakan Islam yang dibawah pimpinan Abu Ubaidah ibnu Jarrah itu dikirim oleh Nabi keperkampungan Bani Juhainah dekat dengan persisiran laut. Ketika ditengah perjalanan mereka ditimpa kelaparan. Sedangkan bekalan mereka habis .Sehingga terpaksa pasukan Islam tersebut makan sejenis daun-daunan (Alkabat). Kerana itu peperangan ini dikenali dalam sejarah dengan nama Sariah Al Kabat. Ketika mereka berada ditepi pantai tiba-tiba seekor ikan besar sejenis ikan Anbar terdampar ditepi laut. Mereka memakan daging ikan itu selama lima belas hari, sehigga tubuh mereka menjadi kuat kembali. Ketika Nabi mendengar cerita terdamparnya seekor ikan ditepi laut beliau berkata: "Itu adalah rezki Allah yang dikeluarkan untuk kamu."
Nabi juga memakan daging ikan itu sedikit. 



عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِي جُرْثُوْمِ بْنِ نَاشِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى فَرَضَ فَرَائِضَ فَلاَ تُضَيِّعُوْهَا، وَحَدَّ حُدُوْداً فَلاَ تَعْتَدُوْهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلاَ تَنْتَهِكُوْهَا، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ رَحْمَةً لَكُمْ غَيْرَ نِسْيَانٍ فَلاَ تَبْحَثُوا عَنْهَا.
[حديث حسن رواه الدارقطني وغيره] .
Dari Abi Tsa’labah Al Khusyani Jurtsum bin Nasyir radhiallahuanhu, dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam dia berkata : Sesungguhnya Allah ta’ala telah menetapkan kewajiban-kewajiban, maka janganlah kalian mengabaikannya, dan telah menetapkan batasan-batasannya janganlah kalian melampauinya, Dia telah mengharamkan segala sesuatu, maka janganlah kalian melanggarnya, Dia mendiamkan sesuatu sebagai kasih sayang buat kalian dan bukan karena lupa jangan kalian mencari-cari tentangnya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar