Saudah binti Zam’ah, beliaulah insan yang
menemani Rasulullah SAW di kamar selepas kepergian kekasih Baginda,
Khadijah al-Khuwailid. Meskipun kedudukan dan ketinggian Khadijah di
hati Nabi tak mampu ditandingi oleh sesiapapun, namun Saudah ternyata
bertuah kerana menjadi salah seorang wanita pilihan Allah SWT untuk
meneguk langsung cinta Nabi.
Ketika Saudah wafat, Ibnu Abbas sujud. Ditanyakan kepadanya
mengenai hal itu, maka dia menjawab, “Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila kamu melihat suatu tanda, maka sujudlah.” Dan tanda ketika
wafatnya isteri-isteri Nabi SAW itulah yang menyebabkan dia bersujud.
[Thabaqat Ibnu Sa'ad, Al-Ishaabah oleh Ibnu Hajar dan Usudul Ghaabah
oleh Ibnu Atsiir]
Saudah meriwayatkan lima hadits dari Rasulullah SAW. Di
antaranya satu hadits diriwayatkan dalam Sahihain [Ibnul Jauzil, Al-Mujtanaa]. Dalam satu riwayat, bahwa Bukhari meriwayatkan dari Saudah
dua hadits. [Al-Maqdisi, Al-Kamaal bii Ma'rifatir Rijaal]
Semoga Allah SWT merahmatinya. Saudah menyukai sedekah dan
berbudi luhur. Dari ‘Aisyah r.a. dia berkata : “Bahwa sebagian isteri-
isteri Nabi SAW berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah di antaraa kami
yang paling cepat menyusulmu ?” Nabi SAW menjawab, “Yang terpanjang
tangannya di antara kalian.” Kemudian mereka mengambil tongkat untuk
mengukur tangan mereka. Ternyata, Saudah adalah orang yang terpanjang
tangannya di antara mereka. Kemudian kami mengetahui, bahwa maksud
dari panjang tanganya adalah suka sedekah. Saudah memang suka memberi
sedekah dan dia yang paling cepat menyusulnya di antara kami.” (H.R.
Syaikhain dan Nasai). Dalam suatu riwayat lain oleh Muslim :”Yang
paling cepat menyusulku di antara kalian adalah yang terpanjang
tangannya di antara kalian.” ‘Aisyah berkata, “Mereka saling mengukur
siapa di antara mereka yang terpanjang tangannya. Ternyata yang ter-
panjang tangannya di antara kami adalah Zainab, karena dia melakukan
pekerjaan tangan dan mengeluarkan sedekah.”
Beliau
digambarkan seorang wanita yang tua, uzur dan gemuk ketika menjadi
isteri Nabi. Namun, seunggul, sejelita dan seindah manapun wanita pada
zaman ini tetap tak akan mampu menandingi walau secebis kemuliaan Saudah
sebagai isteri Nabi. Bukankah jelas pernikahan Rasulullah ini kerana
kepentingan agama, bukannya nafsu?!
Saudah
binti Zam’ah bin Qais bin Abdu Syams bin Abdud berasal daripada suku
Quraisy al-Amiriyah. Puteri kepada wanita bernama Syumush binti Qais
bin Zaid bin Amr daripada Bani Najjar.
Pernah bersuamikan Sakran bin Amr, saudara Suhail bin Amr al-Amiri.
Golongan Paling Awal Menyambut Panggilan Fitrah
Ajaran
Islam yang cocok dengan kesucian fitrah, kemuliaan akhlak dan
kebersihan hati tidak teragak-agak untuk diterima oleh mereka yang
memiliki kualiti hati yang istimewa. Golongan yang awal memeluk Islam
dimuliakan Allah dengan gelaran as-saabiquunal awwalun. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“orang-orang
yang awal (masuk Islam) di antara Muhajirin dan Ansar dan orang-orang
yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda dengan mereka dan
merekapun reda kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga
yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100).
Salah
seorang daripada mereka ialah suami Saudah, Sakran bin Amr. Iman yang
meresapi segenap jiwanya terasa indah. Beliau lantas memimpin isteri
tercinta, Saudah binti Zam’ah untuk sama-sama hidup di bawah kemuliaan
tauhid.
Menyaksikan Suami Disiksa
Pengaruh Islam semakin tersebar di Makkah. Ajaran
Muhamad semakin berkesan di hati. Mengamuklah orang-orang kafir
Quraisy. Golongan miskin dan lemah diseret dan disiksa tanpa belas
kasihan.
Mengalir
air mata Saudah tatkala melihat suaminya Sakran disentap, dipukul dan
dibiarkan kelaparan dan kehausan. Namun begitu, imannya tidak goyah.
Dia tetap teguh ingin bersama agama Muhammad SAW.
Seperit
mana kesedihan Saudah, perit lagi kesedihan Rasulullah SAW tatkala
melihat umat yang dicintai menerima penyiksaan sezalim itu. Ketika itu
baginda dilindungi oleh pengaruh bapa saudaranya, Abu Talib dan
isterinya yang bangsawan, Khadijah. Islam yang masih dalam fasa
kelemahan ketika itu tidak memampukan baginda untuk bangkit membela
mereka yang teraniaya.
Rasulullah
SAW akhirnya menyuruh sahabat-sahabat yang teraniaya agar berpindah ke
Habsyah dan minta perlindungan daripada Raja Najasyi sehinggalah Allah
membebaskan mereka semua daripada penderitaan ini. Saudah dan suaminya
menyahut Sarana ini. Mereka berlindung di Habsyah dan meniti hari
yang tenang di bawah naungan iman.
Setenang
manapun berada di tempat orang, tetap tak seindah berada di tanah air
sendiri, tanah kelahiran seorang Nabi. Begitulah yang dirasakan oleh
orang-orang Islam di Habsyah. Mereka kembali ke Makkah pada saat dakwah
Islam masih hebat ditentang.
Penderitaan
Saudah tak tertanggung lagi apabila suaminya dipanggil pulang menemui
Ilahi. Sakran meninggal dunia di Makkah. Saudah memujuk diri bahawa
kasih sayang Allah lebih besar berbanding kasih sayang suami
terhadapnya. Wujudkah pengganti yang lebih baik untuk menempati tempat
Sakran di hati? Saudah bingung sendiri.
Dilamar Lelaki Terbaik di Dunia
Saudah
masih berurai air mata kerana ditinggalkan suami. Rasulullah SAW
ketika itu juga dalam kesedihan kerana ditinggalkan isteri, Khadijah
al-Khuwailid. Saudah mengetahui tingginya kedudukan Khadijah buat Nabi
di dunia dan di akhirat.
Setelah
pemergian Khadijah, tiada sahabat yang berani mencalonkan sesiapa
untuk Rasulullah kerana mereka percaya tiada wanita sebaik Khadijah
yang layak menemani Nabi. Hadirlah seorang sahabat wanita bernama
Khaulah binti Hakim untuk menyenangkan hati Nabi dengan berbicara soal
pernikahan.
Berkata Khaulah binti Hakim bin Al-Auqash, isteri Uthman bin Mazh’un,
“Wahai Rasulullah, apa Engkau tak berencana menikah lagi?”
Rasulullah bertanya semula,
“Dengan siapa?”
“Terserah. Ada gadis dan ada janda,” jawab Khaulah.
“Jika gadis, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah.
“Puteri
orang yang paling engkau cintai, Aisyah binti Abu Bakr,” jawab
Khaulah. Rasulullah teringat akan mimpi-mimpinya yang dibawa oleh
Jibril tentang gadis di balik selendang sutera iaitu Aisyah. Namun,
Aisyah masih lagi seorang anak kecil ketika itu. Apapun, Aisyahlah
gadis pertama yang hadir dalam impian Rasulullah selepas kewafatan
Khadijah kerana diilhamkan sendiri oleh Allah SWT. Tidak heranlah
cinta baginda kepada Aisyah amat menebal. Yang pertama selalunya
istimewa! Apatah lagi jika yang pertama itu beragama.
“Jika janda, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah lagi.
“Saudah
binti Zam’ah. Dia telah beriman kepadamu dan mengikut ajaran agamamu,”
jawab Khaulah. Rasulullah dapat menyelami betapa deritanya Saudah
dikelilingi tekanan yang menyesakkan iman dan diuji pula dengan kematian
suami. Rasulullah sangat simpati kepadanya. Ada keserasian dalam
bentuk ujian, masing-masing ditinggalkan pendamping tercinta.
“Kalau
begitu, pergilah dan sampaikan pinanganku kepada mereka berdua,” kata
Rasulullah SAW. (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaaid, no.
15285, “Hadis ini diriwayatkan oleh At-Thabrani. Para perawinya adalah
perawi kitab As-Sahih, kecuali Muhammad bin Amr bin Alqamah. Ia
dinyatakan hasanul hadis.”)
Dalam
riwayat Ahmad, dinyatakan bahawa Khaulah segera menemui Saudah dan
ayahnya, Zam’ah. Ketika itu, Zam’ah sudah lanjut usia dan tidak dapat
lagi menunaikan haji. Khaulah berkias,
“Kebaikan dan kebahagian seperti apakah ini yang telah Allah anugerahkan kepada kalian?”
Saudah berkerut kehairanan,
“Apa maksudmu?” Tanya Saudah.
Khaulah lantas menyampaikan berita gembira,
“Rasulullah SAW mengirimku untuk menemuimu dan menyampaikan lamarannya kepadamu.”
Hati
Saudah berbunga-bunga lantas tumpahlah air mata keharuan. Tidak pernah
terbayang baginya untuk mendapat kemuliaan sedemikian rupa. Ketika
usianya sudah agak lanjut dan mempunyai susuk badan yang gemuk dan tidak
menarik, masih ada yang sudi menyuntingnya. Apatah lagi lelaki itu
ialah lelaki paling agung di muka bumi. Sudah tentu lelaki bernama
Muhammad bin Abdullah jauh lebih mulia berbanding Sakran.
Saudah
lantas menerima walaupun sedar Rasulullah melamarnya semata-mata atas
dasar kasihan. Setelah menerima restu ayah, datanglah Rasulullah kepada
Saudah, melangsungkan akad nikah dengan mahar berjumlah 400 dirham.
(Rujuk Majma’uz Zawaid, no. 15786).
Cara Saudah Mengikat Hati Suami Terhadapnya
Saudah
menjadi wanita pertama yang dinikahi oleh Rasulullah SAW setelah
kewafatan Khadijah. Beliau menjadi satu-satunya isteri yang menemani
hidup Nabi selama tiga tahun sebelum hadirnya Aisyah. Di saat kita pada
hari ini berangan-angan ingin bermimpikan Rasulullah, Saudah dapat
tidur di sisi Nabi dan berbincang-bincang dengannya. Bukankah Saudah
sangat bertuah?
Meskipun
Saudah sedar siapalah dirinya berbanding Khadijah namun beliau
sentiasa berusaha keras menjadi isteri yang terbaik buat Nabi. Beliau
menceritakan saat-saat getir menghadapi tekanan-tekanan kaum musyrikin
sehingga memancing simpati Nabi terhadapnya.
Beliau
juga menceritakan hari-hari yang dilalui oleh puteri baginda Ruqayyah
bersama suaminya, Utsman bin Affan selama tinggal di Habsyah. Ketika
itu Ruqayyah dan Ustman masih menetap di Habsyah dan Rasulullah amat
rindu kepada mereka. Saudah sadar Rasulullah amat senang mendengar
berita tentang puterinya yang tersayang membuatkan Saudah rajin
bercerita tentangnya.
Hijrah Kedua
Kekejaman
musyrikin di Madinah memaksa orang-orang Islam berhijrah ke Madinah
dengan izin Allah SWT. Setelah sebahagian besar sahabat berhijrah ke
Madinah, Rasulullah menyusul hijrah mereka. Kemudian baginda mengutuskan
Zaid bersama pelayannya, Abu Rafi’ untuk menjemput wanita-wanita
kesayangan Nabi ikut berhijrah. Bersama dua ekor unta dan wang 500
dirham, mereka menjemput Fatimah, Ummu Kulthum, Saudah binti Zam’ah,
Ummu Aiman dan Usamah bin Zaid. (At-Tabaqaat, Ibnu Saad, vol.1, hlm.
237-238).
Saudah
menetap di Madinah bersama Nabi SAW. Beliau reda apabila tak lama
kemudian Rasulullah membina rumah tangga dengan Aisyah r.ha. Beliau
tahu ianya kehendak Allah untuk kebaikan umat Islam sejagat. Aisyah
menyukai Saudah sehingga terdapat banyak kisah menarik antara mereka
berdua.
Mengutamakan Aisyah Demi Merebut Simpati Nabi
Saudah
sadar, psikologi Aisyah yang masih muda sudah tentu lebih memerlukan
cinta dan kasih suami. Saudah juga tahu Aisyah adalah isteri yang
paling dicintai Nabi setelah Khadijah. Demi menyenangkan hati Nabi,
beliau dengan setulus hati sanggup menghadiahkan hari gilirannya kepada
Aisyah. Lagipun beliau sudah semakin tua dan uzur.
Rasulullah
SAW pernah berniat menceraikan Saudah kerana berlaku adil amatlah
payah. Perlukan kerja keras. Namun Saudah takut tidak terpilih menjadi
isteri Nabi di akhirat maka beliaupun merayu,
“Biarkan
dinda terus menjadi isterimu. Demi Allah! Dinda tidak akan menuntut
sebagaimana isteri-isterimu yang lain. Namun dinda ingin dibangkitkan
Allah menjadi isterimu kelak di hari kiamat.”
Saudah menawarkan lagi bagi menyenangkan hati Rasulullah,
Saudah menawarkan lagi bagi menyenangkan hati Rasulullah,
“Wahai Rasulullah, dinda hendak memberikan hari giliran dinda kepada Aisyah.”
Rasulullah lantas menerimanya.
Rasulullah lantas menerimanya.
Aisyah menyanjungi Saudah. Beliau berkata,
“Aku tidak pernah menemui seorang wanita yang lebih kusukai jika diriku menjadi sepertinya selain Saudah binti Zam’ah. Seorang wanita yang kekuatan jiwanya luar biasa.”
“Aku tidak pernah menemui seorang wanita yang lebih kusukai jika diriku menjadi sepertinya selain Saudah binti Zam’ah. Seorang wanita yang kekuatan jiwanya luar biasa.”
Malah,
Aisyah begitu cemburu dengan kesegeraan Saudah dalam melakukan
kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Malah Saudah sentiasa berusaha
menunjukkan ketaatannya kepada Allah dan Rasulullah. Selain itu, Saudah
sangat dermawan dan murah hati.
Kenangan Terindah
Pertanyaan
Saudah kepada Rasulullah SAW pada suatu hari pernah mendapat jawapan
daripada tujuh petala langit. Ia berkenaan tentang isteri Rasulullah
ingin keluar rumah selama ada keperluan. Hal ini meninggalkan kenangan
terindah buatnya. Masakan tidak, Allah menurunkan wahyu untuk
merungkaikan masalah yang sama hingga hari kiamat.
Aisyah
r.a menuturkan, “Saudah binti Zam’ah pernah keluar rumah pada malam
hari. Umar melihatnya dan segera mengenalnya, maka ia berkata, “Demi
Allah! Kau pasti Saudah. Kami sudah mengenalmu.” Saudah merasa tidak
sedap hati sehingga dia segera menemui Rasulullah SAW yang saat itu
sedang makan malam di rumahku dan tangannya sedang memegang tulang yang
nyaris habis dagingnya. Tidak lama kemudian, Allah menurunkan wahyu
yang membenarkan tindakan Saudah. Rasulullah SAW berkata, “Allah telah
mengizinkan kalian keluar rumah selama ada keperluan.” (Muttafaqun
Alaih).
Alhamdulillah, dengan keringanan ini, maka kita semua para wanita dapat keluar rumah dengan adanya keperluan seperti berkerjaya, menuntut ilmu, membeli keperluan rumah dan sebagainya.
Di akhir masa pemerintahan Umar RA, bonda kita Saudah menutup mata untuk selamanya.Alhamdulillah, dengan keringanan ini, maka kita semua para wanita dapat keluar rumah dengan adanya keperluan seperti berkerjaya, menuntut ilmu, membeli keperluan rumah dan sebagainya.
Ketika Saudah wafat, Ibnu Abbas sujud. Ditanyakan kepadanya
mengenai hal itu, maka dia menjawab, “Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila kamu melihat suatu tanda, maka sujudlah.” Dan tanda ketika
wafatnya isteri-isteri Nabi SAW itulah yang menyebabkan dia bersujud.
[Thabaqat Ibnu Sa'ad, Al-Ishaabah oleh Ibnu Hajar dan Usudul Ghaabah
oleh Ibnu Atsiir]
Saudah meriwayatkan lima hadits dari Rasulullah SAW. Di
antaranya satu hadits diriwayatkan dalam Sahihain [Ibnul Jauzil, Al-Mujtanaa]. Dalam satu riwayat, bahwa Bukhari meriwayatkan dari Saudah
dua hadits. [Al-Maqdisi, Al-Kamaal bii Ma'rifatir Rijaal]
Semoga Allah SWT merahmatinya. Saudah menyukai sedekah dan
berbudi luhur. Dari ‘Aisyah r.a. dia berkata : “Bahwa sebagian isteri-
isteri Nabi SAW berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah di antaraa kami
yang paling cepat menyusulmu ?” Nabi SAW menjawab, “Yang terpanjang
tangannya di antara kalian.” Kemudian mereka mengambil tongkat untuk
mengukur tangan mereka. Ternyata, Saudah adalah orang yang terpanjang
tangannya di antara mereka. Kemudian kami mengetahui, bahwa maksud
dari panjang tanganya adalah suka sedekah. Saudah memang suka memberi
sedekah dan dia yang paling cepat menyusulnya di antara kami.” (H.R.
Syaikhain dan Nasai). Dalam suatu riwayat lain oleh Muslim :”Yang
paling cepat menyusulku di antara kalian adalah yang terpanjang
tangannya di antara kalian.” ‘Aisyah berkata, “Mereka saling mengukur
siapa di antara mereka yang terpanjang tangannya. Ternyata yang ter-
panjang tangannya di antara kami adalah Zainab, karena dia melakukan
pekerjaan tangan dan mengeluarkan sedekah.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar