Ghazwah al-Fath merupakan peperangan membuka kota Makkah.Ia berlaku pada Ramadan,tahun ke-8 hijrah.
Sebabnya; perdamaian Hudaibiyyah
membolehkan mana-mana kabilah Arab melakukan pakatan dengan Rasulullah
s.a.w.jika mereka mahu.Mereka juga bebas untuk melakukan pakatan dengan
Qurasiy.Bani Bakar telah bersetuju untuk melakukan pakatan dengan
Quraisy,sementara Khuzaah bersetuju melakukan pakatan dengan Rasulullah
s.a.w..Pada tahun ke-8 hijrah,Bani Bakar melakukan pencerobohan ke atas
Khuzaah. Mereka membunuh kira-kira 20 orang lelaki daripada
Khuzaah.Quraisy turut terlibat membekalkun harta dan senjata kepada Bani
Bakar.Apabila berita itu sampai kepada Rasul s.a.w.,Baginda merasa amat
marah,lantas mempersiapkan tentera Islam untuk memerangi Quraisy.Namun
Baginda tidak mahu memberitahu orang ramai hala tuju tenteranya,supaya
Quraisy tidak bersiap sedia.Jika Quraisy membuat persiapan menghadapi
tentera Islam,ia akan mengakibatkan kehormatan Tanah Haram tercemar dan
serata ceruknya akan dipenuhi cebisan-cebisan mayat (ramai nyawa yang
terkorban).
Hatib bin Abi Baltaah al-Badariy telah
mengutuskan surat secara rahsia ke Makkah,memberitahu penduduk Makkah
berkenaan kedatangan Rasul untuk menyerang mereka.Namun,Allah telah
memberitahu Rasul-Nya tentang surat tersebut. Baginda menghantar
beberapa orang sahabatnya mengejar wanita yang membawa surat itu untuk
memeriksanya.Mereka akhirnya menemui surat tersebut.Oleh itu,Rasul
s.a.w. memanggil Hatib,seraya bersabda:
“Apa yang mendorong kamu melakukan
perbuatan ini?” Hatib menjawab:”Wahai Rasulullah,demi Allah,aku beriman
dengan Allah dan Rasul-Nya.Aku tidak berubah atau menukar
imanku.Namun,aku seorang lelaki yang tidak mempunyai asal-usul dan
hubungan kekeluargaan dalam kaum itu (Quraisy).Sedangkan aku mempunyai
anak dan keluarga yang tinggal dengan mereka.Oleh itu,aku berlagak baik
dengan mereka untuk keselamatan kaum keluargaku.”
Lantas Umar berkata:”Wahai
Rasulullah,biarkan aku penggal lehernya.Sesungguhnya lelaki ini telah
munafik.” Rasulullah s.a.w. berkata kepada Umar:”Dia telah terlibat
dalam Ghazwah Badar.Kamu tidak tahu boleh jadi Allah memerhati ahli-ahli
Badar,lalu Dia berfirman:”Lakukanlah apa yang kamu mahu. Sesungguhnya
Aku telah mengampunkan kamu.”
Rasul s.a.w. telah bertolak daripada
Madinah pada 10 Ramadan. Dalam perjalanan tersebut Baginda telah berbuka
puasa.Tindakan tersebut diikuti oleh orang ramai, ekoran kepenatan dan
kesusahan yang mereka hadapi dalam perjalanan. Bilangan mereka ketika
keluar dari Madinah seramai 10,000 orang. Dalam perjalanan beberapa
kabilah Arab bergabung dengan mereka. Ketika di Marr az-Zohron,
pengawal-pengawal Rasulullah s.a.w.terserempak dengan Abu Suffian
bersama dua orang temannya. Lalu para pengawal Baginda menahan dan
membawa mereka mengadap Nabi s.a.w.. Kemudian Abu Suffian memeluk Islam.
Al-Abbas (Rasulullah telah menemuinya di
pertengahan jalan.Al-Abbas ketika itusedang menuju ke Madinah untuk
berhijrah dan memeluk Islam) berkata:Abu Suffian seorang lelaki yang
cintakan kemegahan.Anugerahkan kepadanya sesuatu yang boleh
dibanggakannya.Maka Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abu Suffian, dia mendapat keamanan.”
Kemudian tentera Islam sampai di
Makkah.Penyeru Rasulullah s.a.w. mengisytiharkan:”Sesiapa yang masuk ke
rumahnya dan mengunci pintu,dia mendapat keamanan.Sesiapa yang memasuki
masjid,dia mendapat keamanan.Sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abu
Suffian, dia juga mendapat keamanan.” Namun,terdapat 15 orang Ielaki
yang melakukan jenayah besar terhadap Islam dan Rasulnya telah
dikecualikan daripada jaminan keamanan tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. memasuki
Makkah dengan menaiki tunggangannya.Baginda masuk Makkah dalam keadaan
tunduk sehingga dahinya hampir-hampir menyentuh pelana
tunggangannya,sebagai tanda bersyukur kepada Allah di atas kemenangan
yang paling besar itu.Selepas itu Rasul s.a.w. tawaf di Baitullah dan
menghapuskan berhalaberhala di sekelilingnya yang mencapai bilangan 360
buah.Kemudian Baginda memasuki Kaabah dan bersembahyang dua rakaat di
dalamnya.Setelah selesai,Baginda berdiri di muka pintu Kaabah,sementara
Quraisy mengintai-ngintai apakah yang akan diperbuat oleh Baginda kepada
mereka.Antara kata-kata Baginda ketika itu ialah:
“Wahai sekelian Quraisy,apakah yang kamu
sangka aku akan lakukan kepada kamu?” Mereka menjawab: “Kebaikan Kamu
saudara yang mulia dan anak kepada saudara yang mulia.” Maka Rasulullah
s.a.w.bersabda:”Pada hari ini,aku katakan kepada kamu sebagaimana
kata-kata saudaraku, Yusuf sebelum ini: “Kamu pada hari ini tidak akan
ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur
itu),semoga Allah mengampunkan dosa kamu,dan Dia lah jua Yang Maha
Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.” (Yusuf: 92).
Pergilah kamu.Kamu semua dibebaskan.”
Kemudian orang ramai berhimpun di
sekitar bukit Sofa untuk berbaiah dengan Rasulullah s.a.w. di atas nama
Islam.Rasul s.a.w,duduk mengadap mereka di atas bukit Sofa.Baginda
mengambil baiah dengan janji untuk mendengar dan taat kepada Allah dan
Rasul-Nya sedaya upaya mereka.Kaum lelaki telah melakukan baiah terlebih
dahulu,kemudian diikuti oleh wanita.Baginda tidak berjabat tangan
dengan mana-mana wanita di kalangan mereka.Di antara wanita yang
berbaiah ialah Hindun,isteri Abu Suffian.Hindun tergolong di kalangan
orang yang telah dihalalkan darahnya oleh Baginda pada hari pembukaan
Makkah.Namun,apabila Baginda mengetahui beliau turut serta dalam baiah
tersebut,Baginda memaafkan beliau disebabkan baiah yang dilakukannya
itu.
Pada hari pembukaan Makkah
tersebut,Rasulullah s.a.w. memerintahkan Bilal agar melaungkan azan
solat Zohor di atas Ka’abah.Quraisy yang hadir terkejut besar dengan
perbuatan tersebut.Ketika itu mereka belum memeluk Islam lagi.Namun
Rasulullah s.a.w. ingin perbuatan itu dilakukan dengan sengaja kerana ia
mengandungi rahsia yang besar dan hikmah yang agung.
Sekian Wallahu’alam….
Suatu hari aku bertanya kepada guruku
Guruku mengatakan, "Tidak salah pendapatmu, tapi kurang".
Ketahuilah.....
Dalam ayat lain Allah juga berfirman
Wala tansa nasibaka minaddunya
Dan La yukallifullahu nafsan illa wus'aha
Jelas Allah tidak hanya menyuruh kitauntuksholat dan puasa
Allah juga menyuruh kita untukmencari dunia
Bahkan Allah melarang kita untuk membebani diri kita dengan beban yang berat
Sehingga kita tidak mampu memikulnya
Walaupun itu ibadah
Ingatlah Allah pencipta manusia dengan ukuran dan aturan
Janganlah engkau mempertahankan kebodohanmu
Janganlah engkau hancur hanya karena pemahamanmu yang salah
Dan ingatlah pesan Allah Alladzina yastami'unal qoula
Fayattabi'una ahsanah.....
Orang-orang yang mendengarkan pendapat
Kemudian mengikuti pendapat yang paling bagus
Merekalah yang diberi petunjuk Allah
Dan merekalah orang-orang yang beruntung.....
Suatu hari aku bertanya kepada guruku
Guruku mengatakan, "Tidak salah pendapatmu, tapi kurang".
Ketahuilah.....
Dalam ayat lain Allah juga berfirman
Wala tansa nasibaka minaddunya
Dan La yukallifullahu nafsan illa wus'aha
Jelas Allah tidak hanya menyuruh kitauntuksholat dan puasa
Allah juga menyuruh kita untukmencari dunia
Bahkan Allah melarang kita untuk membebani diri kita dengan beban yang berat
Sehingga kita tidak mampu memikulnya
Walaupun itu ibadah
Ingatlah Allah pencipta manusia dengan ukuran dan aturan
Janganlah engkau mempertahankan kebodohanmu
Janganlah engkau hancur hanya karena pemahamanmu yang salah
Dan ingatlah pesan Allah Alladzina yastami'unal qoula
Fayattabi'una ahsanah.....
Orang-orang yang mendengarkan pendapat
Kemudian mengikuti pendapat yang paling bagus
Merekalah yang diberi petunjuk Allah
Dan merekalah orang-orang yang beruntung.....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar