Ummu
Salamah, Hindun binti Abu Umayyah lahir dalam keluarga yang terpandang
di sisi masyarakat kerana berasal daripada Bani Makhzum. Dalam keluarga
inilah, dia dididik bersikap dermawan, berhati bersih, menghayati erti
belas kasihan sehingga memancarlah kebaikan dan kepemurahannya kepada
manusia. (Rujuk Nisaa’ Ahlil Bait, Ahmad Khalil Jum’ah, hlm. 225-226).
Di Belakang Seorang Perwira
Dakwah Islam semakin berkembang. Islam tertegak sebagai sebuah kerajaan di Madinah. Musuh-musuh Islam semakin tercabar. Panggilan jihad buat kaum muslimin mula membakar.
Luka Lama Berdarah Kembali
Keperwiraan Abu Salamah diiktiraf Nabi. Setelah berlalunya Uhud, ada beberapa kabilah Arab cuba menyusun kekuatan untuk menyerang kaum muslimin. Pada awal Muharram, 4 Hijriah, Rasulullah SAW memberi amanah kepada Abu Salamah untuk memimpin pasukan kecil (sariyyah) seramai 150 orang bagi membereskan mereka.
Janji Kekasih
Sebelum perginya suami tercinta, Ummu Salamah berada di sisi merawat sehabis daya. Dia seorang isteri yang sangat setia dalam menyayangi. Cemburunya besar lantaran besarnya cinta. Ziyad bin Abu Maryam sempat merakamkan semula dialog sedih antara dua insan yang sangat saling mencintai kerana Allah ini.
Siapa yang Lebih Baik Daripada Abu Salamah?
Hati Ummu Salamah sering tertanya-tanya, siapakah yang lebih baik daripada Abu Salamah. Cintanya kepada suaminya itu terlalu besar dan hatinya bagaikan keliru, masih adakah nanti pinangan yang lebih baik hingga mampu mengalihkan cintanya?
Ayahnya
seorang tokoh Quraisy yang dermawan dan pemurah. Nama si ayah sangat
akrab di hati para musafir yang kekeringan bekal. Melalui sebuah
perjalanan jauh dengannya amat menyenangkan kerana dia tidak membiarkan
orang membawa bekal atau menyalakan api bahkan dia sendiri yang
mencukupkan keperluan itu semua kepada mereka.
Begitulah
lelaki ini membawa kemuliaan dalam keluarganya hingga terkenal dengan
kedermawanan dan kegagahan. Inilah lingkungan keluarga yang membenihkan
sekuntum mawar agama bergelar Ummu Salamah, berparas jelita dan
berakhlak mulia.
Disunting Pemuda yang Amat Mencintainya
Si
mawar agama semakin menginjak usia remaja. Harumannya tersebar, menjadi
rebutan. Pemuda terpilih yang berjaya memenangi cintanya ialah seorang
penunggang kuda yang hebat laksana kesatria.
Siapa
lagi kalau bukan Abu Salamah, Abdullah bin Abdul Asad bin Hilal bin
Abdullah bin Umar bin Makhzum. Ibunya adalah Barrah binti Abdul Mutalib
bin Hasyim, ibu saudara Rasulullah SAW. Ibu susuannya ialah Tsuwaibah,
hamba Abu Lahab yang juga pernah menyusui Nabi SAW.
Pernikahan
dilangsungkan antara pemuda gagah ini dengan si gadis cantik. Mereka
hidup sebagai pasangan yang sangat bahagia. (Rujuk Shuwar min Siyar Ash-Shahaabiyyaat, As-Suhaibani, hlm. 177).
Pengantin
baru dua sejoli itu menjalani detik-detik indah bersama dengan limpahan
kebahagiaan. Abu Salamah mencintai isterinya sepenuh hati. Masakan
tidak, keperibadian Ummu Salamah di mata seorang lelaki hampir sempurna.
Jiwanya tulus mencurahkan cinta, penyayang terhadap anak kecil dan
kelembutannya mempesona.
Sejak
awal dakwah Islam, pasangan itu begitu serasi menyatakan ke-Islaman dan
keimanannya kepada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Cinta mereka bertambah
jelas matlamatnya sejelas matlamat Islam membawa rahmah kepada sekelian
alam. Kebahagian jiwa mereka bertambah-tambah meskipun dihimpit tekanan
oleh penduduk Quraisy yang memusuhi dakwah Islam. Janji terpateri,
mereka sanggup melalui apa sahaja ujian yang mendepan demi Islam.
Membawa Diri ke Habsyah
Untaian
kata-kata Ummu Salamah ketika merakamkan kembali peristiwa hijrahnya ke
Habsyah jelas menggambarkan kehalusan kata, ketajaman penyampaian,
keindahan bahasa, keagungan niat, dan kesempurnaan penilaian terhadap
sebuah peristiwa. (Nisaa’ Ahlil Bait, hlm. 231).
Ummu
Salamah berkata, “Ketika suasana Makkah terasa semakin menghimpit, para
sahabat Rasulullah SAW ditekan dan disiksa, dan penindasan semakin
meningkat, Rasulullah SAW tidak dapat membela mereka.”
Katanya
lagi, “Walaupun baginda sendiri tetap aman dibela kaum dan bapa
saudaranya, sehingga orang-orang Quraisy tidak dapat menyentuh mahupun
menyakitinya seperti yang dapat dilakukan kepada para sahabat, namun
Rasulullah prihatin terhadap mereka apabila baginda berkata,
‘Sesungguhnya di negeri Habsyah ada seorang raja yang tidak akan
membiarkan siapapun dizalimi di hadapannya. Pergilah ke negerinya dan
menetaplah di sana hingga Allah memberikan jalan keluar.’”
Abu
Nu’aim dan Ibnu Hisyam merekodkan lagi kata-kata wanita cerdas ini, “
Setelah menerima perintah tersebut, kami segera pergi ke negerinya
secara bertahap, hingga kami semua berkumpul dan tinggal di negeri yang
baik dengan mendapat perlindungan yang baik pula. Dan kamipun dapat
menjalankan keyakinan agama kami dengan aman.”
Dipisahkan Daripada Suami dan Anak
Allah
menguji kesabaran Ummu Salamah dengan suatu peristiwa yang memilukan.
Ketika hendak berhijrah ke Madinah pula, suaminya menyiapkan unta dan
menaikkan isteri tercinta dan anak kecilnya, Salamah bin Abu Salamah ke
atas belakang unta. Si suami menarik tali kendali unta dengan hati-hati.
Tidak mahu anak dan isteri rasa dikasari.
Ketika
keluarga Bani Mughirah melihat mereka, mereka mencegah Abu Salamah
dengan berkata, “Kami tidak mahu menghalangmu pergi, tapi keluarga kami
ini (Ummu Salamah), kami tidak akan membiarkanmu membawanya pergi jauh.”
Dengan
ganas, mereka merebut tali kendali unta daripada Abu Salamah, lalu
merampasnya dan membawa pergi bersama mereka. Rayuan dan rintihan Ummu
Salamah bagaikan tiada erti. Biar Ummu Salamah dan puteranya mengalirkan
air mata darah sekalipun, mereka tidak peduli.
Abu
Salamah terpaksa meneruskan perjalanan ke Madinah seorang diri kerana
bimbang sesuatu yang buruk terjadi ke atasnya. Terpisahlah dua hati.
Berita
itu sekejap sahaja sampai kepada Bani Asad (keluarga Abu Salamah),
mereka amat marah kepada bani Mughirah atas perlakuan kasar itu. Mereka
tidak berpuas hati melihat orang mereka iaitu Abu Salamah dizalimi
dengan memisahkannya daripada isteri tercinta. Mereka ingin membalas
dendam dengan memisahkan Ummu Salamah daripada puteranya pula. Mereka
bersumpah,
“Demi
Allah, kami tidak akan membiarkan anak kami (Salamah bin Abu Salamah)
tetap bersama ibunya kerana kalian sendiri yang memisahkan ibunya (Ummu
Salamah) daripada keluarga kami (Abu Salamah).”
Akhirnya,
Bani Mughirah dan Bani Asad saling menarik Salamah hingga tangan anak
kecil itu terkulai kerana terseliuh. Tangisan anak dan ibu menyayat
hati. Namun, tetap tidak memancing simpati mereka. Perebutan tetap
diteruskan. Keluarga Bani Asad berjaya merampas anak kecil itu sementara
Bani Mughirah membawa Ummu Salamah balik ke perkampungan mereka.
Bertambah parahlah kelukaan di hati Ummu Salamah. Sudahlah dipisahkan
dengan suami tercinta, kini dipisahkan pula dengan anak kecilnya yang
tidak mengerti apa-apa.
Rindu Tidak Tertahan
Ummu
Salamah dikawal ketat agar tidak terlepas berhijrah ke Madinah. Dia
tidak rela terus terkurung di bumi sendiri. Tanpa suami dan anak,
kehidupannya bagaikan tiada seri. Dia memprotes tindakan kaumnya. Setiap
pagi, dia akan pergi ke tanah lapang dan duduk di situ. Dia menangis
semahu-mahunya, merintih dan mengadu kepada Allah azza wajalla. Dia
melakukan rutin yang sama hingga hampir setahun lamanya. Rindunya tidak
tertahan lagi. Hinggakan, orang-orang yang melihatnya turut menangis
hiba.
Air
mata Ummu Salamah akhirnya berjaya mencairkan kekerasan hati kaumnya.
Rasa simpati menyelebungi mereka. Mereka lalu membenarkan Ummu Salamah
menyusuli suaminya berhijrah ke Madinah. Tatkala berita itu tersebar,
Bani Asad tidak lagi marah lalu menyerahkan kembali anak kecilnya.
Musafir Bersama Anak Kecil.
Wanita
tabah itu dengan penuh kecekalan hati mendukung anak dari buaian lalu
membawanya menaiki unta. Biarpun tiada siapa yang menemani perjalanan
panjang yang melelahkan dan berisiko tinggi itu, namun si ibu tekad
meneruskan.
Ketika
tiba di Tani’m, Ummu Salamah bertembung dengan Usman bin Thalhah bin
Abu Thalhah, seorang anggota keluarga Bani Abdud Dar. Usman terkejut
melihat ibu dengan anak kecil itu menempuh musafir cuma berdua.
“Hendak ke mana wahai puteri Abu Umayyah?” Tanya Usman.
“Aku menyusuli suamiku di Madinah,” jawab Ummu Salamah.
“Siapa yang menemanimu?” Soal Usman lagi.
“Aku bersama Allah dan anakku yang masih bayi ini,” katanya penuh yakin.
Tersentak
jiwa pemuda itu. Dia lalu memegang tali kendali unta dan bertekad
mengawasi perjalanan mereka hingga selamat tiba ke Quba’, Madinah
meskipun dia sendiri bukannya berhajat untuk keMadinah. Dia mengawasi
mereka dengan sopan dan tidak kasar. Apabila tiba di Quba’, dia berkata,
“Suamimu
berada di kampung ini, maka masuklah dengan iringan berkah daripada
Allah SWT.” Sebaik sahaja menuturkan kata-kata itu, dia terus berpatah
balik ke Makkah tanpa mengharapkan balasan apa-apa. Tatkala terkenangkan
peristiwa menyayat hati itu,Ummu Salamah berkata,
“Setahuku,
tidak ada keluarga Muslim yang lebih menderita daripada keluarga Abu
Salamah dan aku tidak pernah mengenal seorang teman perjalanan yang
lebih mulia daripada Usman bin Thalhah.” (Lihat Al-Bidaayah wan Nihayah, vol.3, hlm 169). Di Quba’, cinta 3 beranak bersatu semula.
Ibu Mithali
Ummu
Salamah dan suaminya hidup tenang dan bahagia di samping masyarakat
Ansar yang baik hati. Dalam masyarakat Madinah itu, Ummu Salamah dapat
mendidik anak-anakya dengan penuh dedikasi.
Anak-anak
yang bertuah itu ialah Salamah, Zainab, Umar dan Durrah. Ummu Salamah
menanamkan bersungguh-sungguh ke dalam jiwa mereka akan kecintaan
kepada Allah dan Rasul. Tidak hairanlah kesemua mereka membesar menjadi
para sahabat yang mulia.
Di Belakang Seorang Perwira
Dakwah Islam semakin berkembang. Islam tertegak sebagai sebuah kerajaan di Madinah. Musuh-musuh Islam semakin tercabar. Panggilan jihad buat kaum muslimin mula membakar.
Sebagai
isteri kepada seorang sahabat yang mulia, Ummu Salamah tidak
teragak-agak memotivasikan suami tercinta agar turut bergabung dengan
pasukan muslimin, membela Islam di medan Badar. Di situ, panji Islam
berkibar. Kemenangan Islam dijulang dengan kalimah ‘Allahu Akbar!’
Kemarahan musyrikin semakin memuncak. Perang Uhud menyusul rancak. Abu
Salamah tercedera ditusuk sebatang anak panah yang dibusur oleh Abu
Usamah al-Jusyami. Apabila perang berakhir, isterinya sudah setia
menanti. Melihat keadaaan suaminya, Ummu Salamah berbangga melihat darah
suci insan tercinta telah membasahi perjuangan. Dia memberi perhatian
yang sangat tinggi selama sebulan penuh bagi membantu proses penyembuhan
suaminya. (Rujuk Tahdziibul Asmaa’ wal Lughaat, vol.2, hlm. 362).
Luka Lama Berdarah Kembali
Keperwiraan Abu Salamah diiktiraf Nabi. Setelah berlalunya Uhud, ada beberapa kabilah Arab cuba menyusun kekuatan untuk menyerang kaum muslimin. Pada awal Muharram, 4 Hijriah, Rasulullah SAW memberi amanah kepada Abu Salamah untuk memimpin pasukan kecil (sariyyah) seramai 150 orang bagi membereskan mereka.
Dengan
penuh wibawa, Abu Salamah melakukan serangan mendadak hingga pasukan
musuh kucar-kacir. Mereka berjaya membawa kemenangan dan harta rampasan
perang tanpa pertumpahan darah. Namun, luka lama berdarah kembali. Abu
Salamah meninggal dunia tidak lama selepas itu. (Zaadul Ma’aad, vol.3, hlm. 243, cetakan Darr al-Rayyan).
Janji Kekasih
Sebelum perginya suami tercinta, Ummu Salamah berada di sisi merawat sehabis daya. Dia seorang isteri yang sangat setia dalam menyayangi. Cemburunya besar lantaran besarnya cinta. Ziyad bin Abu Maryam sempat merakamkan semula dialog sedih antara dua insan yang sangat saling mencintai kerana Allah ini.
Dengan linangan air mata, berkatalah Ummu Salamah kepada kekasih hatinya,
“Kandaku
sayang, dinda mendengar bahawa jika seorang isteri ditinggal mati oleh
suaminya, sementara suaminya itu menjadi penghuni syurga, sementara
isterinya tidak menikah lagi, maka Allah akan mengumpulkan mereka
kembali di dalam syurga. Oleh itu, berjanjilah wahai kekasihku, kanda
tidak akan menikah lagi (seandainya dinda mati terlebih dahulu). Dinda
juga berjanji tidak akan menikah lagi andai kanda pergi dulu.”
(Sebenarnya ada perbezaan pendapat berkenaan hal ini kerana setelah menjadi isteri Nabi, Ummu Salamah pernah bertanyakan hal seorang isteri yang pernah menikahi beberapa orang suami. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa suami yang paling baik akhlaknya kepada isterinya paling berhak menjadi suaminya di syurga.)
(Sebenarnya ada perbezaan pendapat berkenaan hal ini kerana setelah menjadi isteri Nabi, Ummu Salamah pernah bertanyakan hal seorang isteri yang pernah menikahi beberapa orang suami. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa suami yang paling baik akhlaknya kepada isterinya paling berhak menjadi suaminya di syurga.)
Abu
Salamah sedar, isteri sesolehah, secantik dan sebijak isterinya wajar
dimiliki oleh seorang suami yang jauh lebih baik daripadanya. Dalam
tenat bicara, Abu Salamah menagih janji yang lebih baik baginya seraya
berkata,
“Mahukan dinda taat kepada kanda?”
Ummu Salamah lantas menjawab tanpa ragu,
“Sudah tentu wahai kekasihku.”
“Berjanjilah, jika kanda mati terlebih dahulu, maka menikahlah lagi,” pinta suaminya.
Ummu Salamah terkedu. Air mata bercucuran hiba. Dalam kepayahan, kedengaran suaminya memanjatkan doa buat Ilahi,
“
Ya Allah, jika aku mati terlebih dahulu, maka berikanlah Ummu Salamah
seorang suami yang lebih baik dariku yang tidak akan membuatnya sedih
dan tidak akan menyakitinya.”
Demikian
dipamerkan keikhlasan cintanya kepada Ummu Salamah sebelum dia menutup
mata selamanya. Ummu Salamah tidak mampu menahan rasa sebak di dada. Dia
mengeluh,
“Siapakah orang yang lebih baik dari Abu Salamah?”
Menangisi Pemergian Si Dia
Ubaid bin Umair berkata bahawa Ummu Salamah menuturkan,
“Ketika
Abu Salamah meninggal dunia, aku bermonolog, ‘Kini dia menyendiri dan
berada di tempat yang asing. Aku ingin meratapi pemergiannya
sekuat-kuatnya.’ Sememangnya aku telah siap sedia untuk menangisinya.
Datanglah seorang wanita dari daerah A’wali bersimpati dan ingin meratap
bersamaku, Rasulullah lalu mencegahnya sebanyak dua kali. Aku lantas
menahan diri daripada menangis.” (Rujuk HR Ahmad, vol.6 hlm.289. dan
Muslim no. 922, kitab AL-Janaaiz, bab al-Bukaa’ a’lal Mayyit).
Ummu Salamah mendatangi Rasulullah SAW lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang harus saya ucapkan (dalam musibah ini)?”
Rasulullah
SAW mengajar, “Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosanya. Berikanlah
aku pengganti yang soleh setelah ditinggalkan olehnya.” (Riwayat Muslim,
no.919 dan Ahmad vol.6, hlm. 291).
Siapa yang Lebih Baik Daripada Abu Salamah?
Hati Ummu Salamah sering tertanya-tanya, siapakah yang lebih baik daripada Abu Salamah. Cintanya kepada suaminya itu terlalu besar dan hatinya bagaikan keliru, masih adakah nanti pinangan yang lebih baik hingga mampu mengalihkan cintanya?
Umar bin Abu Salamah menceritakan, setelah iddah ibunya
berakhir, datanglah pinangan Abu Bakar untuk memuliakannya. Ummu
Salamah menolak dengan hikmah. Menyusul pula pinangan Umar. Hati wanita
itu masih belum terbuka untuk menerima sesiapa. Cinta suci Abu Salamah
tetap terpahat di hati.
Akhirnya, pinangan Rasulullah SAW menjengah rumah Ummu Salamah melalui
utusan Hathib bin Abu Balta’ah. Mulanya, Ummu Salamah hampir sahaja
menolak sebagaimana Ummu Hani’ binti Abu Thalib menolak pinangan Nabi.
Berkata Ummu Salamah,
“Aku
adalah wanita yang mudah cemburu. Aku takut rasa cemburu itu nanti akan
menjadi sebab Allah murka padaku. Tambahan pula aku ini wanita yang
sudah tua dan mempunyai ramai anak.”
Merujuk
hadis riwayat Muslim, Rasulullah tetap memujuknya dengan berjanji akan
berdoa kepada Allah untuk memberi kecukupan kepada anak perempuannya
yang masih kecil dan menghilangkan rasa cemburunya. Lantaran yakin
dengan doa Rasulullah, Ummu Salamah lantas menerima pinangan baginda.
Dia berkata,
“Wahai Umar (puteranya), bangkitlah dan terimalah pinangan Rasulullah SAW untuk menikahiku.”
Teka-tekinya
terjawab kini. Lelaki sebaik Rasulullah SAW ternyata mampu mencairkan
hatinya untuk mendapat pengganti yang lebih baik daripada Abu Salamah.
Tatkala dimuliakan sebagai ummahatul mukminin, tertunailah janjinya kepada bekas suami.
Keistimewaan Ummu Salamah Sebagai Isteri Nabi
Isteri ke-6 Nabi
|
Sebab Pernikahan
|
Hikmah Pernikahan
|
Asam Garam Rumah Tangga
|
Tahun dan Tempoh pernikahan
|
Ummu Salamah
|
Rasulullah SAW ingin menafkahi dan melindungi janda yang kematian suami. Suaminya mati akibat perang. Suaminya Abu Salamah cedera dalam peperangan Uhud kemudian meninggal dunia.
|
1.Ummu Salamah banyak meriwayatkan hadis iaitu 378 hadis dan menjadi saksi dalam hidup baginda.
2.Kebijaksanaannya
membawa berkat yang besar terutamanya dalam memberikan buah fikiran
yang bernas kepada Nabi dalam peristiwa Hudaibiyah.
3.Antara hukum yang diriwayatkannya ialah:
-Rasulullah tidur dalam satu selimut dengan dirinya yang sedang haid.
-Rasulullah menciumya ketika dia sedang berpuasa.
-Rasulullah mandi junub degannya dari satu wadah.
(Muttafaqun alaih).
4.Meminta
izin Rasulullah untuk menyampaikan kepada Abu Lubabah bahawa Allah
telah menerima taubatnya dalam satu peristiwa Bani Quraizhah.
5.Menjadi
penyebab kesediaan Nabi untuk memaafkan sepupu Ummu Salamah, iaitu
Abu Sufyan bin Harits dan Abdullah bin Abi Umayyah.
6.Ummu Salamah bersama Rasulullah melihat malaikat Jibril dalam rupa sahabat bernama Dihyah.
|
1.Al-Muthallib
bin Abdullah berkata, “Janda terhormat bangsa Arab itu masuk ke rumah
tangga Rasulullah SAW, di awal malam sebagai pengantin dan di akhir
malam sudah menggiling gandum.” (Siyar A’laam al-Nubalaa’).
2.Seorang
isteri yang cemburu dan suka memberi perhatian kepada anak-anaknya.
Hinggakan pada hari-hari awal pernikahan, Nabi berasa malu untuk tidur
bersamanya kerana dibawanya sekali puterinya yang masih menyusu
bersama ke tempat tidur.
3.Beliau sering dicemburui oleh Aisyah.
|
4Hijrah
7 tahun
|
Perginya Ratu Agama
Imam Az-Zahabi berkata, “Dia adalah ummul mukminin terakhir yang meninggal dunia.”
Ia hidup sekitar 90 tahun dan mengalami masa pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin hingga pemerintahan Yazib bin Mua’wiyah. Semoga Allah meredhainya dan membuatnya redha.
Ummu Salamah adalah istri Nabi yang terakhir kali meninggal dunia. Ia
diberkahi umur panjang dan mengetahui pembunuhan Hussein bin Ali,
sehingga membuatnya pingsan karena sangat bersedih. Tidak berselang lama
setelah peristiwa itu, pada bulan Dzulqa’dah tahun 59 Hijriyah, Ummu
Salamah wafat dalam usia 84 tahun di Madinah. Ada yang mengatakan ia
wafat pada usia 81 tahun. Ada juga riwayat lain yang menyebutkan ia
wafat dalam usia 61 tahun. Abu Hurairah juga ikut melakukan shalat
janazahnya di Baqi’.
Dia telah meriwayatkan beberapa hadits dari Rasulullah SAW, dari Abu Salamah, dan Fatimah Az-Zahra, semuanya sekitar 387 hadits. Adapun hadits yang telah ditakhrij dan tertulis dalam Shahih Bukhari-Muslim berjumlah 29 hadits; sekitar 13 hadits yang muttafaq ‘alaihi, ada 3 hadits lain diriwayatkan oleh Bukhari, dan 13 lainnya diriwayatkan oleh Muslim.
Beberapa orang juga ikut meriwayatkan hadits darinya, di antaranya kedua anaknya; Umar dan Zainab, Nabhan, Amir bin Abu Umayyah, Mus’ab bin Abdullah bin Abu Umayyah, beberapa budaknya yang telah dimerdekakan dan yang lainnya
Dia telah meriwayatkan beberapa hadits dari Rasulullah SAW, dari Abu Salamah, dan Fatimah Az-Zahra, semuanya sekitar 387 hadits. Adapun hadits yang telah ditakhrij dan tertulis dalam Shahih Bukhari-Muslim berjumlah 29 hadits; sekitar 13 hadits yang muttafaq ‘alaihi, ada 3 hadits lain diriwayatkan oleh Bukhari, dan 13 lainnya diriwayatkan oleh Muslim.
Beberapa orang juga ikut meriwayatkan hadits darinya, di antaranya kedua anaknya; Umar dan Zainab, Nabhan, Amir bin Abu Umayyah, Mus’ab bin Abdullah bin Abu Umayyah, beberapa budaknya yang telah dimerdekakan dan yang lainnya
عَنْ
أَبِي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِي الْبَدْرِي رَضِيَ
الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
: إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى،
إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
[رواه البخاري ]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari
Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahuanhu dia
berkata: Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda :
Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan
nabi-nabi terdahulu adalah : Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang
engkau suka
(Riwayat Bukhori)
Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :
1. Malu merupakan tema yang telah disepakati oleh para nabi dan tidak terhapus ajarannya.
2. Jika seseorang telah meninggalkan rasa malu, maka jangan harap lagi (kebaikan) darinya sedikitpun.
3.
Malu merupakan landasan akhlak mulia dan selalu bermuara kepada
kebaikan. Siapa yang banyak malunya lebih banyak kebaikannya, dan siapa
yang sedikit rasa malunya semakin sedikit kebaikannya.
4.
Rasa malu merupakan prilaku dan dapat dibentuk. Maka setiap orang yang
memiliki tanggung jawab hendaknya memperhatikan bimbingan terhadap
mereka yang menjadi tanggung jawabnya.
5.
Tidak ada rasa malu dalam mengajarkan hukum-hukum agama serta menuntut
ilmu dan kebenaran . Allah ta’ala berfirman : “ Dan Allah tidak malu
dari kebenaran “ (33 : 53).
6. Diantara manfaat rasa malu adalah ‘Iffah (menjaga diri dari perbuatan tercela) dan Wafa’ (menepati janji)
7. Rasa malu merupakan cabang iman yang wajib diwujudkan.
di manakah dapat saya beli buku ini ?
BalasHapus