Entri Populer

Senin, 26 Maret 2012

Thaharoh

1. Definisi :

i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.

2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.

3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.

4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :

" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... "

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :

" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "

5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.

6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .

7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.

8. Syarat wajib taharah ialah :

    * Islam
    * Berakal
    * Baligh
    * Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
    * Tidak lupa
    * Tidak dipaksa
    * Berhenti darah haid dan nifas
    * Ada air atau debu tanah yang suci.
    * Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.

9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.

10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah:

 

وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا

Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "

11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.

12. Jelasnya, alat–alat untuk bersuci itu ialah:

    * Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
          o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.
          o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.
    * Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu. Firman Allah:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلا جُنُبًا إِلا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

 “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. ”
(Surah Al-Nisa’, 4:43)

3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.

4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya

 JENIS TAHARAH

Taharah terbahagi kepada 2 bahagian:

1. Taharah daripada najis

Najis dari hukum syara' ialah segala benda yang kotor yang mencegah   kita dari melakukan solat, tawaf,
memberi khutbah Juma'at dan  sebagainya.

Akan tetapi, ini tidak bermakna semua benda yang kotor itu adalah  najis TETAPI najis adalah kotor.

2. Taharah daripada hadas

Hadas pula terbahagi 2, hadas kecil dan hadas besar.

Berhadas kecil dikatakan sebagai perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan boleh dihilangkan dengan sekadar mengambil wuduk.

Berhadas besar pula mencegah dari melakukan solat dsb dan ianya  mewajibkan seseorang itu mandi wajib.


 JENIS NAJIS

Di antara benda-benda yang najis adalah:

1. Arak dan segala cecair yang memabukkan.

2. Anjing dan khinzir. Ini termasuk semua binatang yang keluar dari keduanya atau salahs atu dari keduanya.

3. Bangkai      ~ ini adalah bangkai bagi haiwan yang mati tanpa sembelihan yang sah di sisi syara'.

                    ~ terdapat 3 jenis bangkai yang bukan najis:

                    a. bangkai manusia

                    b. bangkai ikan; dan

                    c. bangkai belalang

4. Darah, nanah, air luka, air bisul dan sebagainya.

                  ~ darah yang terlalu sedikit yang sukar untuk ditanggal seperti pada  tulang adalah dimaafkan.
                     Begitu juga benda-benda yang disebut tadi  yang terlalu sedikit adalah dimaafkan.

5. Muntah    ~ makanan atau minuman yang sudah sampai ke perut dan keluar  semula sekalipun ianya hanya berupa air. 

6. Tahi dan air kencing manusia dan semua jenis binatang (samada yang halal atau pun yang haram)

7. Bahagian pada binatang yang tercerai atau terpotong daripada haiwan   itu ketika ia nya masih hidup.

8. Susu haiwan yang haram dimakan dagingnya; cth: keldai

9. Air mazi dan wadi

10. Air liur basi.  ~ Ianya adalah haram sekiranya diyakini ia keluar dari perut


 JENIS-JENIS HADAS

Terbahagi kepada 2 bahagian;

1. HADAS KECIL

    ~ perkara-perkara yang wujudnya pada anggota wudu'; wajah, dua tangan, kepala dan dua kaki dan menjadi tidak sah solat.

    ~ Dinamakan juga sebagai hadas kecil kerana perkara haram yang dilakukan oleh orang berhadas kecil adalah sedikit dan
       hanya pada 4 anggota wudu' sahaja..

    ~ Boleh dihilangkan dengan mengambil wudu'

2. HADAS BESAR

    ~ mengikut syara', apabila wujudnya hadas besar pada seluruh tubuh, ia mencegah sahnya solat dan ibadah lainnya.

    ~ Dinamakan sebagai hadas besar kerana banyak perkara haram dilakukanolehorang berhadas besar dan ianya
       menyeliputi seluruh  anggota

    ~ Berhadas besar ini boleh dihilangkan dengan mandi wajib.


 JENIS AIR

Air digunakan untuk bersuci. Mensucikandiri kita dari najis dan kotoran. Jenis-jenis air ini boleh dikategorikan kepada 4 bahagian,
mengikut taraf kesucian air tersebut.


1. Suci lagi menyucikan dikenali sebagai air mutlak.


    Ia bermaksud air yang belum digunakan untuk membasuh anggota yang wajib  pada kali  pertama dengan sempurna.

   contoh : basuhan pertama pada muka ketika berwuduk, air basuhan itu bukan lagi mutlak tetapi dipanggil air musta'mal.

7 jenis air mutlak adalah : air hujan, air laut (air masin), air  sungai (air tawar), air perigi, mata air, air salji dan air embun.

Air ini boleh dibuat bersuci dan meghilangkan najis dan boleh digunakan  untuk adat (seperti minum, mandi dsb)


2. Suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan.

Hukum air ini sama seperti air mutlak tetapi ianya makruh digunakan.

8 contoh air dalam kategori ini:

   a) Air yang terlalu panas

   b) Air yang terlalu sejuk

       ~ air (a) & (b) adalah makruh diguakan untuk taharah kerana dikhuatiri ketika menggunakannya cucian atau mandian
          akan menjai tidak   sempurna atau tidak rata.

       ~ sekiranya sesorang itu berasa dia akan dimudaarati dengan  menggunakan air-air tersebut, maka haram menggunakannya.

   c) Air atau tanah yang penduduknya dimurkai Allah Taala.

       cth: Air di negeri kaum Luth a.s. dimana mereka telah melakukan   perbuatan 'liwat, lalu dibalakanoleh Allah Taala.

   d) Air musyammash

       ~ iaitu air yang berjemur atau terjemur pada matahari.

   e) Air Mustakmal

       ~ Air yang telah digunakan untuk bersuci yang wajib.

   f) Air Mutannajis

       ~ Air yang telah bercampur dengan najis.


3. Suci Tapi Tidak Menyucikan .

Air yang asalnya adalah air mutlak tetapi telah bercampur dengan  benda-benda lain yang suci dan tidak dapat dielakkan darinya,
bahkan  bertukar rasa, bau dan warna.

    contoh:   air kopi, kuah, air teh dsb

Hukum air ini adalah suci tapi tidak menyucikan. Boleh digunakan untuk   adat seperti memasak, minum, dsb.


4.  Air Mutannajis : Iaitu air yang telah bercampur dengan najis. Terdapat 2 bahagian:

a) air yang kurang 2 kolah

    ~ apabila bercampur dengan najis yang tidak dimaafkan, ia adalah tidak  suci dan tidak menyucikan sekalipun tidak berubah bau,
       rasa dan   warnanya.

    ~ sekiranya dimasuki najis yang dimaafkan seperti bangkai semut, kala   jengking, cicak dan sebagainya
       (ie: binatang yang tidak mengalir  darahnya setelah mati), air tersebut tetap suci selama tidak berubah warna, bau dan mahupun rasanya.

b) air yang sampai 2 kolah atau lebih

    ~ Jika dimasuki najis yang tidak dimaafkan, ia masih suci selama ia tidak   berubah bau, rasa dan warnanya.

Air ini adalah tidak suci lagi tidak menyucikan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar