Namanya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al Nawawi.
Dilahirkan di Nawa sebuah wilayah di Damsyik Syam pada bulan Muharram
tahun 631 Hijrah. Kebolehan menghafaz Al-Quran sejak kecil lagi. Pada
tahun 649 Hijrah, ketika berusia lingkungan sembilan belas tahun telah
pergi ke kota Damsyik untuk belajar. Mendalami ilmu di madrasah
al-Ruwahiyyah atas tanggungan madrasah itu sendiri.
Karangannya
adalah banyak, di antara kitabnya yang begitu popular dalam pengajian
ilmu ialah Matan al-Arbain (hadis 40), Riyadhus Salihin, Syarah Sahih
Muslim dan al-Adhkar. Di Indonesia nama beliau terkenal dengan kitabnya
“Minhajut Thalibin”, sebuah kitab fiqih dalam madzhab Syafi’i yang
banyak dipelajari di sekolah-sekolah dan pesantren-pesantren di tanah
air.
Kehidupannya dihabiskan kepada bakti dan khidmat suci
terhadap penyebaran dam perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Makan
minumnya hanya sekali dalam sehari, sekadar memelihara kesihatan
badannya. Juga tidak sangat menghiraukan akan soal pemakaian dan
perhiasan, cukuplah apa yang memadai sahaja. Tidak juga gemar akan
makan buah-buahan kerana khuatir akan mengantuk yang akan mengganggu
tugas sehariannya.
Seorang yang begitu bertakwa menurut erti kata
sepenuhnya, wara’nya dan kebersihan jiwanya. Seorang ulama’ yang
amatlah suka ditemui. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa
keengganan beliau untuk makan buah-buahan di Damsyik itu bukan hanya
khuatir akan mengantuk tetapi kerana buah-buahan di Damsyik dikala itu
terlalu banyak mengandungi syubhat.
Sepanjang hayatnya sentiasa
istiqamah dalam menjalankan kewajipan menyebarkan ilmu dengan mengajar
dan mengarang di samping senantiasa beribadah di tengah-tengah suasana
hidup yang serba kekurangan, sehingga hidupnya dilingkungi oleh usaha
dan amal saleh terhadap agama, masyarakat dan umat.
Beliau pernah
diusir keluar dari negeri Syam oleh sultan al-Malik al-Zahir yang
tidak senang akan fatwa yang dikeluarkan olehnya. Beliau bukanlah
seorang ulama’ yang mencari kebenaran untuk dirinya sahaja, beliau
hidup di dalam masyarakat. Beliau tidak menjual ilmu yang dimiliki
dengan harta benda dunia. Beliau mencurahkan ilmu kepada masyarakat
ummat. Beliau memimpin ummat bukan ummat yang memimpin beliau.
Mengeluarkan fatwa tanpa memandang sesiapa, walaupun fatwanya itu
meyusahkan kedudukannya. Inilah contoh ulama’ pewaris nabi (warithatul
anbiya’).
Sepanjang hayatnya banyak menulis, mengarang, mengajar
dan menasihat. Inilah yang telah mengangkat ketinggian peribadinya dan
dikagumi. Imam Nawawi wafat pada 24 Rejab 676 Hijrah, dan dimakamkan di
Nawa, setelah sekian lama beliau hidup dengan membujang tidak
beristeri di tengah-tengah suasana masyarakat Damsyik dan telah berjaya
menyumbangkan tenaga fikiran dan ‘ilmunya kepada agama Islam dan
umatnya. Sekianlah, mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmatnya ke atas
beliau. Amin.
Kitab-kitabImam Nawawi yang terkenal
1. Syarah sahih muslim,
2. Riyadhus Salihin,
3. Al-Adzkaar,
4. Al-Tibyan fi adab hamalat al-Quran,
5. al-Irsyad wa al-Taqrib fi ‘Ulum al-Hadith,
6. al-Aidah fi Manasik al-Hajj,
7. Al Majmu’ Syarah Muhazzab,
8. al-Raudah,
9. Tahdhib al-Asma’ wa al-Lughat,
10. al-Minhajut Thalibin
11. Matan al-Arbain
FATWA IMAM NAWAWI YANG MENGGEMPARKAN
Menurut
riwayat bahawa apabila baginda sultan al-Malik al-Zahir telah
mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar (monggol)
lalu digunakanlah fatwa ‘ulama yang mengharuskan mengambil harta rakyat
untuk kepentingan perang melawan musuh. ‘Ulama fiqh negeri Syam telah
menulis menerangkan fatwa tersebut, tetapi baginda belum merasa senang
hati kalau imam Nawawi tidak memberi fatwanya. Lalu baginda bertitah
“Masih adakah lagi orang lain”. “Masih ada, al-Syaikh Muhyiddin
al-Nawawi” – demikian jawapan yang disampaikan kepada baginda.
Kemudian
baginda menjemput Imam Nawawi dan meminta beliau memberi fatwanya
bersama ‘ulama fiqh mengenai pengambilan harta rakyat untuk peperangan.
Beliau berterus terang tidak mahu memberi fatwanya dan enggan. Baginda
bertanya: “Apakah sebabnya beliau enggan?” Lalu beliau memberi
penjelasan mengapa beliau terpaksa menerangkan sikapnya dan keenggannya
memfatwakan sama seperti para ‘ulama. Beliau dalam penjelasan kepada
baginda menerangkan seperti berikut! Ampun Tuanku! Adalah patik
sememangnya mengetahui dengan sesungguhnya bahwasanya tuanku adalah
dahulunya seorang tawanan tidak ada sebarang harta benda. Tetapi
pertolongan Allah telah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan
dijadikan tuanku seorang raja. Ampun Tuanku! Adalah patik telah
mendengar bahawanya tuanku ada memiliki seribu orang hamab tiap-tiap
seorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala dua ratus orang
khadam wanita milik tunaku, masing-masing mempunyai perhiasan yang
bernilai. Andaikata tuanku sendirian membelanjakan kesemua itu untuk
keperluan pernag sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu,
maka patik bersedia memberi fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil
harta rakyat.
Kesimpulannya, beliau berfatwa tidak
membenarkan baginda mengambil harta rakyat selama kekayaannya sendiri
masih dapat dipergunakan. Baginda al-Malik al-Zahir murka kepadanya
kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan
perintah supaya beliau segera keluar dari Damsyik. Imam Nawawi terima
saja perintah pengusirannya itu dengan nada yang tenang. Lalu beliau
pun keluar ke Nawa. Para ‘ulama Syam telah berusaha menjemput beliau
balik semula ke Damsyik, tetapi beliau enggan dengan berkata: “Saya
tidak akan balik ke Damsyik selama baginda masih berkuasa”.
Entri Populer
-
Data bis, Nama perusahaan bis, Trayek / jurusan, Tarif , Jam berangkat, terminal bis di Indonesia March 18, 2012 BIS AIRPORT JAKARTA No. T...
-
Munculnya Ya’juj dan Majuj tanda dekatnya kiamat Dari Zaenab binti jahsi bahwa Rasululloh datang kepadanya dalam keadaan kaget dan ...
-
Kisah Layla & Majnun. Kisah Qais yang menjadi gila (majnun) karena kerinduannya pada Layla Alkisah, seorang kepala suku Bani U...
-
Data bis, Nama perusahaan bis, Trayek / jurusan, Tarif , Jam berangkat, terminal bis di Indonesia March 18, 2012 BIS AIRPORT JAKARTA No. T...
-
Recite! In the name of your Lord! [Qur'ân, Sûra 96:1] Islâm , , is the religion founded by the Prophet Muh.ammad. The word is som...
-
Sejarah Berdirinya Pondok Pesantren Asrama Perguruan Islam Pondok Pesantren Asrama Perguruan Islam (API) Tegalrejo didirikan pada tangg...
-
Labbaik... Allahumma labbaik... Innalhamda wa ni’mata Laka walmulk. Laa syarika Laka. UNDANGAN acara resmi biasanya mencantumkan jen...
-
Khulafa'ur Rasyidin di Madinah Abu Bakar (632 - 634) Umar bin Khattab (634 - 644) Utsman bin Affan (644 - 656) Ali bin Abi Tali...
-
Pondok Pesantren Asrama Perguruan Islam (API) Tegalrejo didirikan pada tanggal 15 September 1944 oleh KH. Chudlori yaitu seorang ulama y...
-
Pekuburan Ma’la, Pekuburan yang lokasinya termasuk kampung Al hujun, kurang lebih 500 M sebelah utara Masjidil Haram, dulu jamaah...
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar